-
Fenomena facebookian
fenomena facebook melanda, kalau dulu orang beli handphone sebab boleh dipakai untuk dengar muzik, boleh tangkap gambar atau boleh merakam video, tapi sekarang telah berubah. orang beli handphone canggih-canggih sebab mahu melayari facebook, begitu jugalah halnya membeli notebook.
sesekali aku merasa hairan juga, ada ibubapa yang belikan anak-anak mereka notebook untuk berfacebook, uhhh.. mungkin dia telah dikelentong ataupun bagaimana.
hari ini difacebook bukan lagi tempat untuk mencari kawan semata-mata, tetapi juga menjadi tempat untuk mendapatkan informasi yang lebih cepat. contohnya facebook tawaurian, menyajikan informasi sekitar daerah tawau, dan TBU pages tempat berkumpulnya blogger-blogger di daerah tawau untuk mengeratkan silaturrahim dan mempromosikan blog masing-masing.
-
Business Card
Setiap orang yang mempunyai pekerjaan sama ada professional atau tidak memerlukan business card. kerana business card adalah medium penting untuk mendapatkan kerja.
-
Siti Sadiah & Nor Hafizal 06.08.2010
Majlis perkahwinan yang sungguh meriah. berlangsung pada 06.08.2010 pasangan kedua mempelai selamat diijab kabulkan di rumah pengantin perempuan yang bertempat di taman jen long.
Disambung pada acara malamnya di Ocean Seafood Restaurant. majlis yang sungguh gilang gemilang ini berlangsung sehingga sekitar pukul 10 malam.
-
KONSERT DOUBLE TROUBLE WINGS & SEARCH TAWAU SABAH
Memang mantap persembahan kedua-dua lagenda band tersebut. apa yang aku boleh katakan adalah ada ‘umppphh”, orang tawau memang bertuah, selain daripada harga tiket yang jauh lebih murah berbanding harga tiket di KL.

Yazer antara penonton yang turut sama dalam menyaksikan konsert double trouble tersebut
Joe Wings yang still power sejak dulu -
Custom Album Faizal & Masturianeh
Antara Contoh custom album majlis perkahwinan en. Faizal dan pn. Masutrianeh, agak terlewat di post dalam website ini kerana masa yang tidak mengizinkan.
-
Suharni & Mappeati 10.07.2010
Alhamdulillah, majlis perkahwinan Cik Suharni dan En. Mappeati telahpun selesai, kini hanya menunggu masa untuk proses editing gambar & video mereka. Dibawah ini adalah antara gambar yang sempat diupload untuk tatapan pengunjung blog ini.
-
Kesombongan
Selalu sahaja aku terjumpa orang-orang sombong. mungkin itulah lumrah dunia masa kini, semua mahu tunjukkan keegoan masing-masing untuk melabelkan diri ditahap yang tinggi.
Namun apa yang dapat aku simpulkan kebanyakan orang-orang seperti ini tidak dapat kemana dengan kesombongannya, manusia semuanya sama disisi Allah SWT, yang Allah tengok adalah darjat keimanan kita kepada-NYA.
-
24.06.2010
Syukur Alhamdulillah Tawauphotography makin mendapat tempat di tawau, bulan lalu sahaja 6 majlis keraian kami hadiri untuk tujuan photography. Gambar-gambar dibawah ini adalah antara gambar yang kami rakamkan dalam majlis perkahwinan bulan tersebut.
-
Muammar Iman
Gambar ni aku edit lebih kurang setahun yang lalu, sudah lapuk namun ia mengingatkan aku ketika pertama kali menggunakan DSLR. Walaupun hanya berbekalkan Canon 1000D namun sentiasa mencuba untuk mendapatkan gambar yang terbaik.
-
Madu3 studios
Selamat datang ke madu3 studios, ini merupakan website versi pertama untuk madu3.com. Website ini didedikasikan sebagai blog gambar yang memaparkan gambar perkahwinan & lifestyle portrait.




































